Saturday, October 9, 2010

7 Tempat Pelik Tapi Menarik Di Dunia

1. PAMUKKALE - TURKEY


Kolam ni terjadi lepas 1 gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yg membuatkan tanah2 tu ada yg naik dan ada yg turun. Bawah tanah tu ada mata air panas maka bila terjadi gempa bumi tu, ia bawa naik air panas. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkan warna air yg berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka buat bandar yg bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni sbgai "Healing Place".

(Tempat ni dah di tutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi kat kolam tu)








2. MOERAKI - NEW ZEALAND


Batu yg besar ni terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama mcm proses mutiara terjadi.

Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni di bawa nenek moyang dorg dalam sampan yg besar dan batu2 ni adalah tinggalan kapal tu.







3. NINE HELLS OF BEPPU - JAPAN



Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Di katakan "Hell" di sebabkan keadaan kolam yg mcm pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yg merah. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku).






4. GREAT BLUE HOLE OF BELIZE



Rasanya ramai yg tau tempat ni. Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air tu adalah dalam 130 meter. Gua2 dalam rangkaian tu kebanyakannya kering maka sesape yg berani boleh cuba skuba kat situ.






5. SANQINGSHAN - CHINA



Taman negara China ni biasa kita tengok dalam filem2 fantasi dorg. Di katakan syurga dewa masyarakat China.

Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api, air, angin dan tanah untuk membuat taman ni untuk dia.

[kalau pegi, cari la angle yg terbaik dan akan jumpa empat elemen tu iaitu pancaran matahari (api), kabus (angin), air terjun (air) dan gunung (tanah)]






6. EYE OF AFRICA - MAURITANIA



Ikut lagenda, tempat ni adalah testing ground bomb nuklear zaman dulu (leh search sejarah tamadun Indus yg di katakan lenyap sbb bom atom)






7. RACETRACK PLAYA - USA




Batu tu bergerak setahun sekali di sebabkan setiap tahun, tempat tu akan hujan dan akan membuatkan tanah yg kering menjadi lumpur. yg menjadi misteri, batu2 kat situ ada yg seberat beratus kilo dan tempat tu adalah tempat yg paling rata di dunia.

"The Door To Hell" , bencana hasil perbuatan manusia..






Sekilas pandang ia seperti sebuah lubang danau lava gunung berapi, namun sebenarnya bukan.

Menurut berita "Neraka" ini terletak di bawah tanah. Dalam hal ini, "The Door to Hell" adalah sebuah area di Uzbekistan, berhampiran kota kecil bernama Darvaz.

Fenomena ini terjadi semasa penguasaan Soviet pada 35 tahun lalu. Para geologi telah menggali sebuah lombong hingga pada satu tempat, gas muncul menghalangi aktiviti mereka. Akhirnya mereka memutuskan untuk membakar gas tersebut dan akan kembali setelah semuanya terbakar.

Namun dugaan mereka salah, api dari gas tersebut tidak pernah habis, malah terjadi letupan dahsyat hingga membentuk kawah lebar sebesar 30 meter (100 kaki). Lubang besar dikawah ini kemudian menelan semua wilayah perlombongan berserta segala peralatan mereka.

Hingga kini tempat itu terus terbakar dan endapan gas yang ada terus saja menghasilkan api lava yang panas sehingga penduduk berdekatan kawasan itu terpaksa berpindah. Inilah yang disebut bencana hasil perbuatan manusia.


Tok Batin Yg Genius



Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????

Sejak Aku Mengenalimu...


Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.

Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.

Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.

Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.

Terima kasih..
rela aku mengenalimu.

Teka-Teki



Ulat daun tidur berembun,
Di pohon kelapa setiap masa,
Banyak daun perkara daun,
Daun apakah dahan tiada?

..silakan jawab ye..

Mengapa Lelaki Ingin Putuskan Hubungan ??

Lelaki mungkin sukar melafazkan kata putus, tetapi apabila si dia mula menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda.. hati2 dgn perubahannya & lihat di cermin kesilapan dlm sedar @ tidak yg anda lakukan sehingga mengguris perasaannya..

LELAKI juga SENSITIF!!

Be careful when this happens...

1. sering ingkar janji
si dia mula tdk menepati janji utk bertemu anda! ada shj alasan di saat2 akhir utk tdk dpt bertemu dgn anda..

2. pelbagai persoalan
lelaki bukanlah mudah meluahkan segalanya..ketika dia merasakan kehilangan cintanya, pelbagai persoalan akn di tanya;
"adakah kamu merasakan seperti ada yg tdk kena dgn perhubungan ini?"
"mungkin aku bkn org yg tepat utk mu.."

3. rakan lebih penting
si dia mula mencari-cari teman lamanya..jika dulu masa byk dihabiskan bersama kamu, sekarang si dia mula menghabiskan masa berhibur bersama rakan2..di penghujung nanti apabila anda mula merungut, barulah dia akn berkata anda mengongkong kehidupannya & dia meminta putus..

4. mula memuji wanita lain
biarpun dahulu si dia mengagumi kecantikan wanita lain, tetapi tdk pernah diungkapkan di hadapan kekasih hatinya..tetapi tiba2 si dia mula memuji kecantikan & kehebatan wanita lain, itu bermakna dia ingin anda berasa cemburu & tdk lagi menjaga hati & perasaan anda..


mengapa SI DIA ingin PUTUS ???


Baby, you're boring..

sebahagian lelaki ada beranggapan bahawa wanita yg manja adalah jenis yg cute & comel.. tapi apabila berlebihan apa akn jadi ya?? MEMBOSANKAN!!! jawapan ini memang tdk akan keluar langsung dari mulutnya.. tapi jgn terkejut apabila si dia mulai memberikan pelbagai alasan saat anda merengek2.. lelaki mulai jemu & tdk thn lagi dgn perangai manja anda...

Kisah Seram Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, Hish, sapa pulak yg gelak2 tu? bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar, hehehe... rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Makan Ubat Dulu (hahaha)

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur..

Isteri: Bang, bangun bang... bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubat la.... cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @##@!%^#^???

Kisah 1 Lukisan

Cikgu : Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.

Abu : Kuda makan rumput, cikgu.

Cikgu : Mana rumputnya?

Abu : Kuda dah abis makan, cikgu.

Cikgu : Mana kudanya?

Abu : Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang...

Romantiknye Dia

Satu hari Ahmad melawat rumah sepupunya yang baru berkahwin bernama Yop dan bercadang untuk tinggal semalaman di rumah Yop.

Yop : Sayang, sediakan minuman untuk sepupu abang nie.

Isteri : Baik, bang. Kemudian, tiba pula waktu makan malam.

Yop : Intan payung, sediakan makan malam untuk sepupu abang nie sekali ye.

Isteri : Baik, bang.


Selepas larut malam, Yop memanggil isterinya lagi.

Yop : Adindaku, sediakan bilik tetamu untuk sepupu abang nie tidur.

Isteri : Baik, bang.

Isteri pun berlalu pergi.

Ahmad : Iskh, romantiknyer korang nie yek. adinda la, sayang la, Intan payung la...

Yop : Eh, takder la. Aku lupa nama bini aku jer.

Kelebihan Hisap Rokok

Suatu hari di dalam bilik darjah....

Amir: Cikguuuuu...cikguuuu...Nazirul isap rokok ckgu...saya nampak dia isap rokok...

Cikgu: Murid-murid,, sebenarnya bagus isap rokok ni...ada tiga kebaikan merokok...awak semua nak tahu tak apa dia kebaikan tersebut?

Murid-murid: Nakkkkkkkkk...

Cikgu: Kebaikan yang pertama, pencuri tak masuk rumah. Kedua, anjing gila dan garang tak berani nak dekat atau mengejar kita...

Murid-murid mengangguk-anggukkan kepala..ada juga yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Cikgu: Kebaikan yang ketiga, rambut tidak beruban...Kamu tahu tak kenapa?

Murid-murid: Takkkkkkkkkk...

Cikgu: sebab yang pertamanya, kalau kita merokok, kita akan sakit paru2 dan batuk sentiasa, pencuri nak masuk rumah pun takut sebab kita asyik batukkkkkk memanjang..nak masuk jer dgr suara orang batuk, maka, pencuri tak akan masuk umah kita.

Cikgu: Sebab yang kedua, kalau kita merokok, kita akan mengalami penyakit dan kemungkinan kita jalan kene menggunakan tongkat apabila kita sakit nanti. Maka, anjing garang atau sebesar mana pun tak berani mengahmpiri kita.

Cikgu: Sebab yang ke-3.....kita tak akan beruban, sebab tak sempat nak tumbuh uban kita dah GOAL!!!!!!! Innalillah.....

semua murid tercengang2......

Saling Perli-Perli

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok tengok TV ... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...

Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Kisah Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".


"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Terkantoi la pulak

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Ofisnya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.

Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali di telefon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami.. Ok dato, baik dato, Oklah dato, nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni. Ok dato, bye"

Ali pun meletakkan telefon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telefon tu, magickgak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line

Sama Tapi Tak Serupa

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula.

Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun
mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x
pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk katbelakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa
terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku
semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...

Buat Baik Pun Mesti Kene Tempatnya...

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.

Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.

Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."

Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

Ada Apa Makcik

Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa makcik?"

"...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamber badaknya.

Interview

Suatu pagi dua orang sahabat sedang berjalan jalan di sebuah pekan. Tiba tiba Abu bersuara kepada Ali

Abu : Hey Ali bukan kah kau ada temuduga hari ini. Sekarang dah pukul 10 pagi. Nanti kau lambat sampai!!

Ali : Ye aku tau...aku dalam perjalanan ke tempat temuduga la ni..

Abu : Kenapa kau tak naik je teksi atau bas. Kau dah lambat sangat nie.

Dengan bersahaja Ali mengeluarkan sekeping kertas dan memberikan kepada Abu.

Ali : Ni surat temuduga tu. Kau baca lah

Lantas Abu pun membaca surat tersebut..

" Sila hadir ke "WALK - IN " Interview" pada.............

Ali : Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja.......

Sorang je ?

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"

Tak Lulus Exam

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah? belaka.. jd,
bapanya membanding?kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah?. dia anak
yg cerdik..tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal
dibanding? si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik....." bapa : ??