Showing posts with label Romantiknye Dia. Show all posts
Showing posts with label Romantiknye Dia. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Romantiknye Dia

Satu hari Ahmad melawat rumah sepupunya yang baru berkahwin bernama Yop dan bercadang untuk tinggal semalaman di rumah Yop.

Yop : Sayang, sediakan minuman untuk sepupu abang nie.

Isteri : Baik, bang. Kemudian, tiba pula waktu makan malam.

Yop : Intan payung, sediakan makan malam untuk sepupu abang nie sekali ye.

Isteri : Baik, bang.


Selepas larut malam, Yop memanggil isterinya lagi.

Yop : Adindaku, sediakan bilik tetamu untuk sepupu abang nie tidur.

Isteri : Baik, bang.

Isteri pun berlalu pergi.

Ahmad : Iskh, romantiknyer korang nie yek. adinda la, sayang la, Intan payung la...

Yop : Eh, takder la. Aku lupa nama bini aku jer.