Saturday, October 9, 2010

7 Tempat Pelik Tapi Menarik Di Dunia

1. PAMUKKALE - TURKEY


Kolam ni terjadi lepas 1 gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yg membuatkan tanah2 tu ada yg naik dan ada yg turun. Bawah tanah tu ada mata air panas maka bila terjadi gempa bumi tu, ia bawa naik air panas. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkan warna air yg berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka buat bandar yg bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni sbgai "Healing Place".

(Tempat ni dah di tutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi kat kolam tu)








2. MOERAKI - NEW ZEALAND


Batu yg besar ni terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama mcm proses mutiara terjadi.

Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni di bawa nenek moyang dorg dalam sampan yg besar dan batu2 ni adalah tinggalan kapal tu.







3. NINE HELLS OF BEPPU - JAPAN



Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Di katakan "Hell" di sebabkan keadaan kolam yg mcm pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yg merah. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku).






4. GREAT BLUE HOLE OF BELIZE



Rasanya ramai yg tau tempat ni. Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air tu adalah dalam 130 meter. Gua2 dalam rangkaian tu kebanyakannya kering maka sesape yg berani boleh cuba skuba kat situ.






5. SANQINGSHAN - CHINA



Taman negara China ni biasa kita tengok dalam filem2 fantasi dorg. Di katakan syurga dewa masyarakat China.

Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api, air, angin dan tanah untuk membuat taman ni untuk dia.

[kalau pegi, cari la angle yg terbaik dan akan jumpa empat elemen tu iaitu pancaran matahari (api), kabus (angin), air terjun (air) dan gunung (tanah)]






6. EYE OF AFRICA - MAURITANIA



Ikut lagenda, tempat ni adalah testing ground bomb nuklear zaman dulu (leh search sejarah tamadun Indus yg di katakan lenyap sbb bom atom)






7. RACETRACK PLAYA - USA




Batu tu bergerak setahun sekali di sebabkan setiap tahun, tempat tu akan hujan dan akan membuatkan tanah yg kering menjadi lumpur. yg menjadi misteri, batu2 kat situ ada yg seberat beratus kilo dan tempat tu adalah tempat yg paling rata di dunia.

"The Door To Hell" , bencana hasil perbuatan manusia..






Sekilas pandang ia seperti sebuah lubang danau lava gunung berapi, namun sebenarnya bukan.

Menurut berita "Neraka" ini terletak di bawah tanah. Dalam hal ini, "The Door to Hell" adalah sebuah area di Uzbekistan, berhampiran kota kecil bernama Darvaz.

Fenomena ini terjadi semasa penguasaan Soviet pada 35 tahun lalu. Para geologi telah menggali sebuah lombong hingga pada satu tempat, gas muncul menghalangi aktiviti mereka. Akhirnya mereka memutuskan untuk membakar gas tersebut dan akan kembali setelah semuanya terbakar.

Namun dugaan mereka salah, api dari gas tersebut tidak pernah habis, malah terjadi letupan dahsyat hingga membentuk kawah lebar sebesar 30 meter (100 kaki). Lubang besar dikawah ini kemudian menelan semua wilayah perlombongan berserta segala peralatan mereka.

Hingga kini tempat itu terus terbakar dan endapan gas yang ada terus saja menghasilkan api lava yang panas sehingga penduduk berdekatan kawasan itu terpaksa berpindah. Inilah yang disebut bencana hasil perbuatan manusia.


Tok Batin Yg Genius



Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????

Sejak Aku Mengenalimu...


Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.

Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.

Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.

Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.

Terima kasih..
rela aku mengenalimu.

Teka-Teki



Ulat daun tidur berembun,
Di pohon kelapa setiap masa,
Banyak daun perkara daun,
Daun apakah dahan tiada?

..silakan jawab ye..

Mengapa Lelaki Ingin Putuskan Hubungan ??

Lelaki mungkin sukar melafazkan kata putus, tetapi apabila si dia mula menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda.. hati2 dgn perubahannya & lihat di cermin kesilapan dlm sedar @ tidak yg anda lakukan sehingga mengguris perasaannya..

LELAKI juga SENSITIF!!

Be careful when this happens...

1. sering ingkar janji
si dia mula tdk menepati janji utk bertemu anda! ada shj alasan di saat2 akhir utk tdk dpt bertemu dgn anda..

2. pelbagai persoalan
lelaki bukanlah mudah meluahkan segalanya..ketika dia merasakan kehilangan cintanya, pelbagai persoalan akn di tanya;
"adakah kamu merasakan seperti ada yg tdk kena dgn perhubungan ini?"
"mungkin aku bkn org yg tepat utk mu.."

3. rakan lebih penting
si dia mula mencari-cari teman lamanya..jika dulu masa byk dihabiskan bersama kamu, sekarang si dia mula menghabiskan masa berhibur bersama rakan2..di penghujung nanti apabila anda mula merungut, barulah dia akn berkata anda mengongkong kehidupannya & dia meminta putus..

4. mula memuji wanita lain
biarpun dahulu si dia mengagumi kecantikan wanita lain, tetapi tdk pernah diungkapkan di hadapan kekasih hatinya..tetapi tiba2 si dia mula memuji kecantikan & kehebatan wanita lain, itu bermakna dia ingin anda berasa cemburu & tdk lagi menjaga hati & perasaan anda..


mengapa SI DIA ingin PUTUS ???


Baby, you're boring..

sebahagian lelaki ada beranggapan bahawa wanita yg manja adalah jenis yg cute & comel.. tapi apabila berlebihan apa akn jadi ya?? MEMBOSANKAN!!! jawapan ini memang tdk akan keluar langsung dari mulutnya.. tapi jgn terkejut apabila si dia mulai memberikan pelbagai alasan saat anda merengek2.. lelaki mulai jemu & tdk thn lagi dgn perangai manja anda...

Kisah Seram Pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, Hish, sapa pulak yg gelak2 tu? bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar, hehehe... rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..