Saturday, October 9, 2010

Ada Apa Makcik

Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa makcik?"

"...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamber badaknya.

No comments:

Post a Comment