Saturday, August 21, 2010

Sungai Dalam Laut...





Tempat ini adalah sebuah gua di Cenote Angelita, Mexico. Di mana jika anda menyelam lebih dari 30 meter airnya masih air tawar tapi jika lebih dari 60 meter maka airnya bertukar menjadi masin. Pada kedalaman ini anda dapat melihat “sungai” tersebut siap dengan pokok dan dahannya sekali.

Ada yang mengatakan ia bukanlah sungai biasa tetapi merupakan lapisan hidrogen sulfida(H2S, adalah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar dan berbau seperti telur busuk), namun nampak seperti sungai dalam laut/sungai.

Walaupun benda tu dari sudut sains hanya sekadar lapisan gas H2S... Tetapi jelas nampak macam sungai betul siap dengan pokok, daun gugur dan lain-lain lagi.. Inilah tanda kekuasaan Allah SWT..

Asal Usul Teddy Bear

Mungkin ramai yg dah tahu bagaimana teddy bear atau anak patung beruang mendapat nama. Bagi yg belum tahu jom kita kongsi cerita ni.

Teddy/teddies bear dinamakan sempena nama Theodore Roosevel (Presiden Amerika) yang dipanggil Teddy - nama pendek.

Kisahnya pada suatu hari ketika beliau dan rombongan pergi memburu (hunting), beliau telah terserempak dengan anak beruang dan menolak untuk menembaknya.

Seorang tuan punya kedai 'sweet shop' yang terbaca mengenai peristiwa ini di surat khabar bercadang untuk menutup kedainya lalu membuka bisnes membuat patung anak beruang yang dinamakan teddy bear . Camtu lah teddy bear mendapat nama.

Mewarna Rambut

Hadis :
Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:"Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?" jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)

Huraian :
Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

Kalau Allah Itu Baik, Kenapa Adanya Neraka?

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah". Ringkasnya, kalau taat segala perintahnya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahnya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga... maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogolnya disyurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambanya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehnya, sebagai amanah dan ujian.. semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum."Lalu ustaz tu pun beredar selepas penerangan yang sangat jelas pada gadis tersebut.. wallahualam..

Kronologi Ajaran Sesat Di Malaysia

1. Takrif Ajaran Sesat.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2. Sejarah Ringkas.

Ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19 di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Ia berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.

3. Peristiwa-peristiwa Ajaran Sesat.

a. Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ajaran Ilmu Kashaf pimpinan Hj. Kamarudin @ Abdullah Sani Kajang, Selangor mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.

b. Pada 19 Oktober 1974 seorang dari kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kg. Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

c. Pada 16 Oktober 1980, 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Ismail (Kemboja) yang mengaku Imam Mahadi telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor.

d. Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Haji Damanhuri Hj. Abdul Wahab, imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Mengapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Mengapa kaum Yahudi begitu pintar?

Adakah tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Kaum yahudi memulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali yang mereka buat ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si bapa akan membelikan buku metamatik untuk si ibu dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami.
Mengapa mereka melakukan ini? ini semua untuk anak yang masih dalam kandungan, si ibu sedang melatih otak si anak semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa bosan beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi ialah pemakanan mereka, sejak awal mengandung si ibu gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk , lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah di larang, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah.

Tips Mengurangkan Kadar Kolesterol

1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain seperti belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolesterol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Sejarah Pemberitaan Dan Perbincangan Menerusi Internet Di Malaysia

Penyertaan Rakyat Malaysia dalam pemberitaan dan perbincangan mengunakan internet adalah dalam forum terbuka soc.culture.malaysia dan soc.culture.asean. Penulisan dalam newsgroup tersebut semasa era awal internet adalah rintisan kepada jurnalisme politik dan hubungan serantau yang bebas.

Salah seorang Jurnalis Profesional Malaysia pertama yang memanfaatkan internet adalah M.G.G Pillai yang melancarkan mailing-list Sang Kancil untuk pemberitaan dan ulasan politik pada 1997.

Pada 1998, pemecatan Anwar Ibrahim telah mewujudkan satu gerakan reformasi politik mana telah menyemarakkan lagi penggunaan internet. Puluhan laman yang mendokong gerakan itu dilancarkan pada tahun itu. Setahun kemudian UMNO telah mengenalpasti lebih 40 laman yang menghentam kepimpinan kerajaan namun kebanyakkan laman itu tidak lagi aktif selepas tahun 2000 apabila Anwar dipenjarakan. Analisis menunjukkan kebanyakkan kandungan dalam laman tersebut adalah tidak profesional, berdasarkan emosi, penilaian peribadi dan analisis pramatang. Keadaan ini berterusan dalam kebanyakkan blog hari ini.

Laman-laman yang menampilkan penulisan profesional dan analisis matang hari ini lebih diminati oleh golongan profesional dan berpendidikan berbanding laman-laman beremosi yang lebih diminati di kalangan golongan kebanyakkan namun tidak boleh dinafikan juga laman-laman begini diminati oleh golongan elit tersebut. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa jurnalis bebas yang cuba menampilkan penulisan yang lebih beretika dan profesional seperti Sabri Zain dalam Diari Reformasi serta beberapa penulis bebas dalam Laman Saksi umpamanya.

Penulisan beretika dan profesional pihak pembangkang secara teratur dan terancang hanya wujud selepas Anwar dipenjarakan seperti Harakahdaily dan Malaysiakini yang diterbitkan pada akhir 1999 dan Agenda Daily pada tahun 2000. Aliran pula telah menerbitkan laman web yang dikemaskini setiap hari sebagai suppliments kepada majalah terbitan bulanan mereka. Gerakan Reformasi ini semakin berinovasi antaranya dengan melancarkan rangkaian Radio alternatif Radiq Radio yang dipancarkan dari sebuah pulau di Indonesia bagi menyampaikan berita-berita mereka.

Renungan Bersama

Orang yang berilmu, dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan dirinya...

  • Cacian disambut dengan senyuman.
  • penghinaan ditangkis dengan lemah lembut.
  • kemarahan dibalas dengan diam.
  • kejahatan dibalas dengan kebaikan.

Renung-renungkanlah...

-Kata pujangga-

1 Soalan Yang Sama tetapi 2 Jawapan Yang Berbeza Daripada Nabi SAW

Bulan yang mulia, Ramadan menjelma lagi. Pada zaman Rasulullah SAW dahulu, ada seorang sahabat yang telah lanjut usianya datang menemui Baginda untuk bertanyakan satu soalan. Soalannya berkisar tentang hokum berpelukan dan berciuman antara suami isteri di siang hari. Maka jawab Baginda, "Puasa tidak terbatal selagi kita tidak melakukan persetubuhan. Lagipun ianya sebagai tanda kasih sayang sesama suami isteri". :-".

Selang beberapa ketika datang pula seorang lelaki yang masih muda usianya ( anggaran 20 an ) datang bertanya soalan yang sama kepada Baginda. Tetapi jawapan Baginda ialah "HARAM". :(

Nampak? Dua orang yang bertanyakan soalan yang sama tetapi jawapan yang berbeza. Bukti kebijaksanaan baginda dalam menilai nafsu orang yang masih muda atau yang sudah berusia. Orang yang lebih berusia lazimnya lebih kuat menahan nafsu berbanding yang muda. Puasa tidak akan terbatal tidak kira muda dan tua. Cuma di sini baginda menekankan kalau takut2x si suami yang masih muda terlepas nafsunya di siang hari. Jika mampu alhamdulillah la..

Renung - renungkan lah.. semoga kita mendapat ganjaran pahala puasa yang terbaik insyaallah.

Doa Berbuka Puasa

Doa berbuka puasa:




"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Tips Lailatul Qadr

LAILATUL QADR.

  • Jika puasa bermula pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadr dijangka jatuh pada malam 29 Ramadan.
  • Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadr dijangka jatuh pada malam 21 Ramadan.
  • Jika puasa bermula pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadr dijangka jatuh pada malam 27 Ramadan.
  • Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka Lailatul Qadr dijangka jatuh pada malam 25 Ramadan.
  • Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadr dijangka jatuh pada malam 23 Ramadan.

Puasa Yang Tidak Berkesan

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

1. Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
2. Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
3. Mengulangi makanan sepanjang malam.
4. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
5. Tidur selepas kenyang makan.

Hadith Nabi SAW Berkanaan Puasa

وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ.

رواه: الترمذي

Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya:
"Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api"

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Sejarah Ramadan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik.

2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadana).

3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.

6) Di pilih untuk ibadat puasa.

7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran.

**Semoga kita semua beroleh keberkatan pada ramadan kali ini insyaallah**