Tuesday, July 27, 2010

Kenal peribadi melalui tulisan

Kenal peribadi korang melalui Graphology (Kajian). Grapho brmakna.. tulisan, Logy ertinya bidang ilmu.

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
. Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
. Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
. Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
. Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
. Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
. Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
. Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
. Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
. Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
. Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
. Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
. Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
. Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana....

No comments:

Post a Comment