Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi pengajian yang terlibat. Terdapat pelajar yang melihat pilihanraya kampus sebagai acara rutin memilih wakil pelajar dan tidak memiliki hubungan langsung dengan kehidupan pelajar itu sendiri sekaligus tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terdapat juga pelajar yang mengambil sikap menjauhkan diri daripada pilihanraya kampus dan melihatnya sebagai medan perebutan golongan oportunis menonjol diri dan membina nama. Hal ini merupakan satu kesilapan besar malah merugikan diri mereka sendiri. Tetapi yang menjadi persoalan, relevankah mahasiswa bergiat aktif dalam arena politik kampus sehingga menjadi taksub dengan pegangan parti mereka atau sekadar mengambil pengalaman untuk mematangkan diri sekaligus memberi kesan yang positif kepada diri mereka untuk menempuh masa hadapan kelak. Jadi daripada huraian di atas, apakah pula pandangan anda???
all politician are same ...
ReplyDeletebut their different ideology bringing us to the right path in order to lead us a bright future ..
JUSTICE SOCIETY