Penyertaan Rakyat Malaysia dalam pemberitaan dan perbincangan mengunakan internet adalah dalam forum terbuka soc.culture.malaysia dan soc.culture.asean. Penulisan dalam newsgroup tersebut semasa era awal internet adalah rintisan kepada jurnalisme politik dan hubungan serantau yang bebas.
Salah seorang Jurnalis Profesional Malaysia pertama yang memanfaatkan internet adalah M.G.G Pillai yang melancarkan mailing-list Sang Kancil untuk pemberitaan dan ulasan politik pada 1997.
Pada 1998, pemecatan Anwar Ibrahim telah mewujudkan satu gerakan reformasi politik mana telah menyemarakkan lagi penggunaan internet. Puluhan laman yang mendokong gerakan itu dilancarkan pada tahun itu. Setahun kemudian UMNO telah mengenalpasti lebih 40 laman yang menghentam kepimpinan kerajaan namun kebanyakkan laman itu tidak lagi aktif selepas tahun 2000 apabila Anwar dipenjarakan. Analisis menunjukkan kebanyakkan kandungan dalam laman tersebut adalah tidak profesional, berdasarkan emosi, penilaian peribadi dan analisis pramatang. Keadaan ini berterusan dalam kebanyakkan blog hari ini.
Laman-laman yang menampilkan penulisan profesional dan analisis matang hari ini lebih diminati oleh golongan profesional dan berpendidikan berbanding laman-laman beremosi yang lebih diminati di kalangan golongan kebanyakkan namun tidak boleh dinafikan juga laman-laman begini diminati oleh golongan elit tersebut. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa jurnalis bebas yang cuba menampilkan penulisan yang lebih beretika dan profesional seperti Sabri Zain dalam Diari Reformasi serta beberapa penulis bebas dalam Laman Saksi umpamanya.
Penulisan beretika dan profesional pihak pembangkang secara teratur dan terancang hanya wujud selepas Anwar dipenjarakan seperti Harakahdaily dan Malaysiakini yang diterbitkan pada akhir 1999 dan Agenda Daily pada tahun 2000. Aliran pula telah menerbitkan laman web yang dikemaskini setiap hari sebagai suppliments kepada majalah terbitan bulanan mereka. Gerakan Reformasi ini semakin berinovasi antaranya dengan melancarkan rangkaian Radio alternatif Radiq Radio yang dipancarkan dari sebuah pulau di Indonesia bagi menyampaikan berita-berita mereka.
No comments:
Post a Comment